Khamis, 23 Oktober 2014

MESYUARAT PERMUAFAKATAN PDRM BERSAMA PPD DAERAH KUALA SELANGOR

Kuala Selangor, 15 Okt 2014 


Bertempat di Kolej INPENS telah diadakan satu mesyuarat permuafakatan antara PDRM dan PPD Kuala Selangor. Mesyuarat ini telah dihadiri oleh Ketua Bahagian IPD Kuala Selangor, Pegawai PPD, Pengetua dan Guru Besar sekolah. Mesyuarat telah di pengerusikan oleh YDH Supt Mohd Taib bin Hj Ahmad, KPD Kuala Selangor. Mesyuarat tersebut bertujuan bagi membincangkan permasalahan yang dihadapi oleh guru dan pelajar. Turut dibincangkan, perancangan program yang akan dilaksanakan pada masa akan datang antara PDRM dan PPD.
JPJKK IPD Kuala Selangor berperanan sebagai Urusetia dan merupakan aktiviti Community Policing yang di rancang bagi memupuk kesedaran pencegahan jenayah kepada warga pendidikan.


Tiada ulasan:

Catat Ulasan